..::Time Will Never Back::..

Monday, August 24, 2009

Jom Terawih

Salamualaikum pd semua kaum muslimin dan muslimat... Selamat menyambut Bulan Ramadhan dan menjalani ibadah puasa... Diharap kawan2 kt sane jangan ponteng Puase ye... Huhu... Bulan Ramadhan adalah bulan yg penuh rahmat dan bukn selalu dpt bulan2 camnie... Yang paling utame skali Malam Solat Terawih... Mase nie lah kite dpt lihat semua umat Islam menunaikn solat Sunat beramai-ramai... Tak dpt nk dibayangkan bertapa meriahnye suasane tersebut... So... Marilah samer2 kite solat Sunat Terawih yerk...!!!


Maksud Solat Sunat Terawih

Tarawih menurut asal katanya ialah duduk untuk istirahat setelah mengerjakan sembahyang empat rakaat. Setiap empat rakaat dinamakan tarawih adalah sebagai majaz, kerana adabnya istirahat sesudahnya. Erti Tarawih ialah duduk bersenang-senang atau beristirahat. Solat Tarawih bererti solat dengan rasa senang dan kelapangan hati selepas solat fardhu Isya'. Biasanya jemaah duduk berehat setelah mengerjakan empat rakaat solat Tarawih dan membaca zikir ataupun doa sebelum disambung semula dengan empat rakaat lagi, sehingga ckup 8 ataupun dua puluh rakaat.

Tarawih itu disebut juga dengan Qiyamu Ramadan. Sembahyang Tarawih dikerjakan setelah mengerjakan sembahyang Isyak dan waktunya berpanjangan sehingga akhir malam.


Tiap2 kebaikan Malam Sunat Terawih:

KEPALSUAN HADIS KELEBIHAN TARAWIH

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang. Puji-pujian bagi Allah Subhanahu wata'ala, selawat dan salam keatas junjungan kita Nabi Muhammad Sallaahu 'alaihi wasallam serta para sahabatnya.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini satu hadis tentang kelebihan tarawikh pada malam-malam ramadhan telah tersebar dengan meluas sekali. Media-media elektronik,media-media cetak serta media-media massa turut sama memainkan peranan mereka menyebarkannya melalui akhbar-akhbar, dairi-dairi Islam, TV, radio, risalah-risalah dan lain-lain dengan harapan semoga mereka mendapat saham dalam usaha menggalakkan umat Islam supaya rajin beramal ibadat terutamanya dalam bulan yang diberkati itu.
Hadis yang dimaksudkan itu ialah satu hadis yang agak panjang kononnya diriwayatkan oleh Sayyidina Ali r.a. yang sebahagian darinya adalah seperti berikut : "Diriwayatkan oleh Sayyidina Ali bahawa Rasulullah s.a.w. telah bersabda berkenaan dengan fadhilat sembahyang tarawih pada bulan Ramadhan antaranya:
  • Malam Pertama: Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama seperti mana dia baru dilahirkan (mendapat keampunan dari Allah Taala).
  • Malam Keempat: Mendapat pahala sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
  • Malam Keenam: Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul-Ma`mur (sebanyak 70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah akan mendoakan supaya Allah mengampuni dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini.
  • Malam Ketujuh: Seolah-olah dia dapat bertemu serta menolong Nabi Musa A.S. menentang musuh ketatnya Firaun dan Haman.
  • Malam Kelapan: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang tarawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Ibrahim A.S.
  • Malam kesembilan: Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W..
  • Dan kelebihan-kelebihan seterusnya sehingga sampai kemalam yang ke-tiga puluh

Namun begitu setelah diajukan pertanyaan kepada beberapa tokoh agama tanahair tentang kedudukan hadis ini, dari manakah ianya diambil, semuanya tidak dapat memberikan penjelasan. Dan setelah diteliti dalam kitab induk hadis seperti Sunan Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini. Ini menunjukkan bahawa hadis ini merupakan satu hadis yang baru diada-adakan sehingga ulama-ulama hadis dahulu yang menulis tentang hadis maudhu` pun tidak mengetahui akan wujudnya hadis ini.

Kita tidak menafikan kelebihan sembahyang tarawih dan kedudukannya didalam sunnah. Namun begitu kita tidak mahu umat Islam tertipu dengan berbagai-bagai janji palsu yang menyebabkan umat Islam mengerjakan amalan-amalan kebaikan dengan mengharapkan sesuatu yang sebenarnya tidak akan diperolehinya. Dengan tersebarnya hadis-hadis palsu seumpama ini juga akan mencemarkan kesucian hadis Rasulullah s.a.w. yang dipelihara dengan dengan begitu baik oleh ulama-ulama kita dahulu.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya : Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)
Hadis ini diriwayatkan dengan banyak sekali sehingga sampai keperingkat Mutawatir. Ancaman ini merangkumi segala jenis pendustaan keatas Nabi S.A.W. sama ada dengan maksud memberi galakan supaya rajin beramal ibadat ataupun ancaman supaya menjauhi segala larangan Allah (targhib dan tarhib).
Mulla Ali Qari dalam Al-Asrarul-Marfu'ah selepas membawakan lebih dari seratus riwayat hadis tentang pendustaan atas nama Nabi Muhammad S.A.W. menukilkan kata-kata Imam Nawawi dalam syarah Muslim. Kata Imam Nawawi: Haram meriwayatkan sesuatu hadis palsu (maudhu`) bagi orang yang mengetahui bahawa hadis itu maudhu` atau dia hanya menyangka hadis ini maudhu`. Siapa yang menceritakan hadis yang dia tahu atau dia sangka bahawa ianya maudhu` serta dia tidak menerangkan keadaannya maka dia termasuk dalam ancaman ini. Katanya lagi, tidak ada perbezaan dalam pengharaman pendustaan atas Nabi Muhammad S.A.W. di
antara hadis tentang hukum-hukum dan hadis yang bukan berkenaan dengan hukum seperti hadis yang mengandungi dorongan serta galakan beramal ibadat, hadis-hadis nasihat dan lain-lain. Semuanya haram termasuk dalam sebesar-besar dosa dan sejelek-jelek perkara dengan ijmak ulamak Islam… seterusnya dia berkata: Ulama-ulama telah pun sepakat tentang haram berdusta atas nama orang-orang biasa. Bagaimana pula dengan orang yang kata-katanya adalah syariat, kalamnya adalah wahyu dan berdusta atasnya adalah pendustaan atas Allah juga. Fiman Allah bermaksud: Tidaklah dia mengucapkan mengikut kemahuan hawa nafsunya. Apa yang diucapkan tidak lain melainkan wahyu yang diwahyukan. (An-Najm: 3-4).
Di dalam hadis tersebut nampaknya ada galakan supaya umat Islam rajin untuk melakukan amalan terawih dalam bulan Ramadhan seperti mana kita sering dapati hadis ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang mana sebenarnya hadis itu pun telah di reka atas nama nabi Muhammad S.A.W. seperti contoh satu hadis yang sebahagian darinya berbunyi: Jika seseorang itu meninggalkan sembahyang zohor dosanya adalah seperti dia berzina dengan ibunya sendiri.Jika dia meninggalkan sembahyang sembahyang asar dosanya adalah seperti meruntuhkan kaa'bah..
Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadhan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)
Dan adakah tidak cukup dengan ancaman terhadap orang yang meninggalkan sembahyang yang terdapat dalam al-Quran antaranya firman Allah yang bermaksud: Apakah yang menyebabkan kamu dimasukkan kedalam neraka saqar? Mereka menjawab: Kami dahulu termasuk orang yang tidak mengerjakan sembahyang. (Al-Muddatsir)
Sebenarnya bagi mereka yang suka menghidupkan malam Ramadhan tidak mesti dengan adanya hadis rekaan yang seperti ini mereka akan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan amalan tarawih ini. Dan orang yang malas bersembahyang bawalah hadis yang bagaimana teruk sekalipun siksaannya namun mereka tetap tidak mahu mengerjakannya.
Diantara ciri-ciri hadis maudhu` (rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah
1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad S.A.W. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi-nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.
2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan dimana ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur'an dan hadis-hadis shohih.
3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi sepertimana yang terdapat dalam hadis-hadis shohih.
4. Didalam setengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan "Ya Ali" sedangkan ulama-ulama hadis telah mengatakan bahawa hadis-hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang shohih.Yang lainnya adalah palsu.
Oleh itu umat Islam sekalian terutamanya pihak-pihak berkenaan seperti institusi-institusi agama diperingkat negeri dan pusat sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan kedua Ahlus Sunnah Wal Jamaah.Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan diayah-diayah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.

SELAMAT BERPUASA DAN BERIBADAT MENGIKUT SUNNAH RASULULLAH S.A.W.


Boleh Dirujuk kepada:
Klik Disini

Friday, August 21, 2009

Jenazah & KL?!

Mesti tertanye2 sape la jenazah itu kn..?! Dan kenape la plak kt KL...?! Huhu... Sebenarnye pd 21 Ogos 2009 hari Jumaat tersebut pi KL ikot Badan Khairat Kematian nak ambik sebuah van Jenazah yang diberikan oleh Syarikat Bank Rakyat... Jadi nk ambik van tersebut kena pi Bank Rakyat Center... Nk pi sane masing2 tak tau mane nk menuju... tapi Alhamdulillah... Sampai jugak walaupun sesat2 kt sane... Tapi dah lame gak tak pi KL nie... Huhu.. Makin Semak la plak... Tapi Pegi balik ari je... Gerak pagi, sampai sane tgh ari... Dpt je van balik la semula ke Johor.... Lepak la jugak...





..::penulis::..




p/s: Malam sudah bermule la traweh... Salam ramadhan.....

Wednesday, August 19, 2009

Konvo vs H1N1 2009


Ha.. Arinie cerita pasal konvo... Konvo dengan H1n1... Dah la konvo, time wabak H1n1 plak tuh... Dalam kepale, mungkin ramai mungkin tidak yang hadiri... atau ade care atasinyer... Hm... Agak2 korang sape la yg konvo erk..?! Kalau diberi Pilihan gamba kt bwh nie agak2nye sape le erk..?! Cube dan lihat....


..:: Jawapanyer....?!::..



17 Ogos 2009, Majlis Konvokesyen UTM Johor Bahru berlangsung minggu2 kesibukan dan musim2 kesakitan... Walaupun H1n1 melanda terok kt Malaysia nie tetapi majlis nie tak leh nk ditangguh2kan... Selame 7 hari majlis nie berlangsung dari pagi ke petang...


..:: Gaye seorg kaye::..

..::Lapo ler::..

..::so cute::..

Kalau Sape2 ingat seblah tepi2 tu.... Salah lew, Ngeee... Gerak dari rumah jam 10 pg... Jalan tak brape sibuk la time nie. Bile dah masuk UTM kitorg singgah kt kawasan lapangan tempat perkhemahan jual2 sempena pesta Konvo nie... Macm2 la, baju le, tudung le, makan2 le... Jalan2 situ tapi hampeh! Tak nk beli la... Mahal wo... Harge 2 kali gande dr kedai biase... Makan2 skit.. minum air kelape yg tak seberape... Huhu.. Sikit sgt! Pastu gerak ke Dewan konvo... wat pendaftaran My Father... Hawhawhaw!



..::suasana kesibukan mase pendaftaran::..

..::my Mama take Mask::..

..::tidak ketinggalan warga tua memakai jugak::..

Stay sampai lepas Zuhur baru la leh gerak ke dewan... Mase nk masok dewan tu ade 2 pintu... 1 pintu VIP, satu pintu tiket murah2 je... Nasib baek la tak salah masok. Hampir2 gak la nk masok tempat VIP ngan my Busu... Sebelum masuk dewan semua pelawat diberikan topeng( mask) untuk pasal elakkn H1n1 la nie... Tak pakai nnti kene sound " SILA PAKAI" Peh! semue macm Zorro dah... Dengan graduan2 skali pakai... huhu..



..::penulis dan pakciknya memakai Mask::..



Abis je majlis tuh balik le umah... Dengan kepenatan, kelaparan dan kengantokkan dari UTM sampai kt umah. Penat gak! Tido ade la rase skit ketenangan... Tu saje... Da....

p/s: Dah tau kn sape yg konvo sebenarnyer...? huhuhu

Sunday, August 16, 2009

Selamat Begelar Suami

13 Ogos 2009, merupakan hari berlangsungnya Pernikahan sahabatku. Muhammad Ashaabulyamin dan Rafizah... Peh!! Teruja mmbr2 semue dengar kawan sndiri nk kahwin nie... Al-maklum la... Buat pe lame2 nk tunggu. Dah ade jodoh tu hendaklah diteruskn... Berlangsung selepas solat Isyak diikuti dengan tahlil ringkas... Kelihatan berdebar2 la jugak mmbr nie menunggu depan Tok Kadi... Lafaz nikah skali! Cayelah... Dan di situlah bermule tanggungjawab yg akan di tugaskn.. Mmbr yg susah2 ngah keje pon ade gak datang cabut dr tmpt keje... La nie aku ditugaskn capture gambar sebaik mungkin mase pernikahan beliau.. So, jom tgk..!




..::Tahniah pada Shabul & Fiza::..


Date : 13 August 2009
Time : 8.45 pm
Location : Perkampungan Kangkar Tebrau, Johor Bahru, Johor
Camera : Nikon D40
Capture and Editor
: Zackamikaze

Friday, August 14, 2009

Name Dan Gelaran

Setiap seorang ade name tersendiri yg diberikan dan setiap name jua ade maksud tertentu... Dalam agama Islam setiap nama baik seseorang itu adalah satu kepujian... Terdapat pelbagai name yg ade sehingga terciptanya Buku Name2 Islam untuk kaum Lelaki dan kaum Perempuan... Oleh sedemikian hendaklah seseorg itu menjage keperibadian diri sebagaimana namanya diberi...

Name Aku.....
Muhd Ruzaini.... maksud: Ketenteraman / Peace...
*Cinte Pada keamanan


Ade juga name samaran dipanggil dan mempunyai sejarah tertentu kenape name beliau dipanggil begitu... Kekadang pakcik kedai kopi pon pening dengan masalah sedemikian.. Huhu... Tapi sure setiap org ade satu gelaran sekurang2... ade gak yg lebih dari sepuloh... Camtu artis pon kalah... Wahaha...


Gelaran Aku.....


Aien
*Gelaran name senang mase kecit2 dulu... Name nie ade kesenian gak sebab kalau korang pandai cari dr "RUZAINI" bile dipotong2 dpt la name "RUZ'AIN'I"... Name tu melekat sampai ke skolah rendah.. tapi skunk dah brape org je panggil sebab dah beso... Haha!

.......
Along
*Nie pabile dpt seorg adeq... Ditabalkn la jadik Along... Bukn AH Long ea! So ade rase bangge la gak.. Huwahuwahuwa! Sampai skunk gelaran tu melekat kt family je...

..::Macho::..
Mat
*Nie macam gampang time skolah dulu... Tau la mate aku cantek (sepet) macm cine.. Diorg takde rase cemburu la tuh... sampai skolah menengah From 4 je.. Pastuh blah brhijrah ke Teknik... Haha.. Aman skit.. Skunk brape org je yg rase nk pelempang panggil camtuh.. Branie la...

..::Burr!!::..
Maat
*Ha... Nie laen skit.. Sebutan MA-At.. Nie kene mase kt kolej dulu le... Yg meletakkn name nie si JieBbam (Ali janggut kambing). Only my Fwen collage person je panggil gitu... JAge KO ALi!!!!

..::nk marah::..
Zai
*Name asas atau short dr name asal... Nie biase kalau mule2 kenal time mane2 je la... Krusus, motivasi... Macm2 la.."Skema la nie..."

..::Winkwink::..
Zack
*Nie Just budak2 SIC (SAGAISWARACLUB) je... Kenal dalam dunie permotoran.. Majoriti dak2 krete SIC Malaysia la kenal...

..::bongkak::..
PokCik
*Haa.... nie dr dak2 Class Medical UTHM... Ades.. Gare2 Biedah(Bie) la nie... Sampai melekat kt baju memo.. Peh... Lantak la korg la!

..::Grrrr::..

Blade
*Nie dr dak kampong aku... Punce sebab dulu aku mase jadik mat moto aku pakai baju jaket kulit "suria baje hitam"... Dah la macm aku nie pemburu Pontianak.. Ades... Sampai skunk la bile balik kg je Blade... Balik kg je Blade.. Pancung sorg2 kang.. Wahahha!

..::ade ganas tak::..


Tu saje utk arinie.... Da.....


p/s: NAme ganas stakat nie Blade la jawabnyer... Korg ade ke banyak camnie..? hahak!


Tuesday, August 4, 2009

Ajib Dan Fina

3 Ogos 2009, Majlis Persandingan dua cHenta sejati, Ajib dan Fina. Sebelum nie berlangsung di N.Sembilan... Majlis bhgian lelaki plak bersanding di Johor Bahru bertempatan di Dewan Jublin Intan Johor... First time pergi majlis kahwin waktu malam... Tapi nasib baik la kt dewan... But nice jugak tempat sekian... lebih kemas dan teratur... Kalau hujan pun tak de la nk brtempiaran lari carik tempat berteduh... Makan?! Biasenyer nasik minyak la kn...?! Tapi nie special skit, Nasik kerabu... Al-maklum la.. Duduk kt tempat "VIP"... Hahak! Berlaukan Ayam,Daging Kurma dan Kambing!! uit.. Nie makan malam ke tengah ari..?! Tapi dah agak penat time tu, makan je la... hehe...






Monday, August 3, 2009

Suka Suki Desaru Beach...

25 Julai 2009, Jalan2 ke Desaru... Dengan menaiki JEBON (sebuah kerete kebal). Diikuti Achid n Zaki.... Pergi ke Desaru ade misinye... Achid mempunyai tujuan tersendiri... Manakala Zaki memupunyai tujuan berbeza... huhu... Matlamat tersebut telah lame diidam2kn oeh Acid tapi akhirnya dapat jua dia menerajuinye... Antare matlamat2 tersebut:



Matlamat Achid:
*Ingin menikmati suasana Laut Desaru dari dulu lagi kerane tak pernah merase mandi laut... Haha... Mandi sungai kt kampong ade la...
*Main Baling2 pasir....
*Carik awek mane tau berkenan dihati...



..:: my cousin ::..

Matlamat Zaki:
*Berpoye2 kat tepi Pantai..
*Mengharapkan anak sedare Belanje makan.. Tapi Haram..
*Mencari putik bunga Cinta tepi pantai... Awek la tu..
*Berendam-rendam laut dan bertanam-tanam pasir laut... Carik nahas..

Setibe kami disane ambik Cousin merangkap Anak sedare Zaki... Agak sesat jugak la sebab masing2 laen2 peta, tak tau mane nak pi laut mane nak pi kedai... Sebab Desaru nie ibaratkn Lipas bawah cawan... Kalau situ, situ je la tempatnyer... Dah takde tempat laen... Tapi yang best nyer tempat tenang tanpe gangguan... Lagi satu Tempat kedai coklat... Huhu... MAcm2 ade... Comel2.. Bentuk teddy bear pon ade... hehe...






Yang tak bestnyer salah tempat pi makan... Kene charge Mahal Plak tuh!! Ades... Nasib kami peh.... Ape nk buat... Petang menjelma... Badan dah melekit... Tgk laut rase tak saba2... tunggu mase je nk melemparkan diri kt tepian tuh...





Jam menunjukkan tepat 5 petang... masing2 salin la seluar mandi... Nk mandi katekn... huhu... Lagi2 si Achid yg tak sabau2... Kalau dilihat aksi2 beliau nie dah macm budak2... huhu... Skali skale... Just Ella n Me ja tak mandi...





Cara-cara Menanam Diri







Maka termakbullah hajat si Zaki ingin menanam dirinye bersame-same pasir pantai nie... Best tak best tanyer la beliau... kene lanyak reramai... hahak! Kalau lihat dengan teliti kt pasir tu ade kebentukan macm bina badan... konon la badan camtuh...





Bila petang dapat la melihat keindahan pantai Timur Johor nie... Kelihatan indah sungguh CiptaanNya... Teruja tul... Rase best je kalau pi tiap2 minggu... Senje makin menjelma... Zaki n Achid tetap gak mandi... Hilangkan gian diorg... hehaeh...



..:: suasana petang yang indah ::..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...