..::Time Will Never Back::..

Saturday, September 2, 2017

Pantai Temalah

2 September 2017, Sabtu

Pantai Temalah atau Temala dikenali sebagai 'Temanlah'. Lokasi di pinggiran perkampungan pantai mengala ke Kuala Sedili Besar. Kalau jalan nak ke Sedili Besar je baru boleh jumpe papan tanda 'kampung temalah' ni.
Chalet dan rumah penginapan takde la semewah di Desaru, tapi tempat ini agak macam rahsia sikit dan jarang orang tau untuk kunjungnya.

Yang bestnya, air dekat sini jernih tak seperti pantai-pantai lain. Masin dia peh!! Memang tepu garam dia... Tempat penginapan yang mudah Alliana Chalet Pantai Temalah. Boleh cari di Facebook.
Rugi jugak la tak dapat menginap sini.. Ramai sahaje orang booking...


 Sekali mandi tak ingat nak balik dah... Termasuk si kecik tu...
Masa ni angin kuat... Orang kampung situ cakap kalau nak air lagi cantik masa cuaca panas dan angin tak kuat....














Menanam Dhiya terapi Pasir


..::Pantai Temalah::..
Lepas mandi, nak bilas ade dekat rumah makcik tuh... sekali masuk seringgit...
Oh ya! Parking kereta parking dekat rumah makcik tu jugak... 2 ringgit sekali parking depan rumah dia yang memang tersedia untuk lot parking kereta.
 Nak ikot ade jalan lain tu menempah sesak jugak... boleh bergesel dengan kereta lain..
Jangan carik pasal.. Haha~

Selepas beredar dari Pantai Temalah, pergi singgah Kuala Sedili Besar carik makan-makanan ringan di sana... Ada Goreng pisang, keropok lekor, ketam celup tepung goreng... macam-macam jugak la..

Sambil-sambil tu tengok pemandangan dari jeti Kuala Sedili Besar, Masjid Sedili Besar, Bot-bot nelayan...
 
..:: Masjid Al-Muttaqin Kuala Sedili Besar::..
..::jeti nelayan sedili besar::..







Dah... Balik ke rumah semula..


p/s : jangan keliru sedili kecil dengan sedili besar. tak sama!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...