..::Time Will Never Back::..

Saturday, October 17, 2026

Melaka Jamboree 2026 | with T-blaze


2026, tahun ni baru tergerak nak try Jamboree Tasik Chin Chin Melaka. Lame dah ni Tak masuk hutan basikal ni... Takde upgrade ape2 pun... Still sama macam sebelum ni. Just tukar tayar dengan handlebar je... So harap2 TBlaze ni OK la mase game dlm kepala. 
Join secara solo boh! 😏 

Penyertaan hampir 1k pelbagai Negeri dan negara... Tp musim jerebu la kan... Tak brape cantik lah nak rush beria sangat. Ape pun abang cube dulu lah ye... 🤣 
Macam2 ada jadik, rantai putus, tayar bocor, basikal tergolek, dengan YB skali tergolek. 😅 
Aku pun risau dgn basikal aku... 
Last2 aku temankan otai2... Akak ni dari Singapura, kawan2 dia semua DNF awal2... Last dekat CP3 dia pun surrender... Aku? Habiskan laps terakhir...
😬 

Sekian untuk Jamboree tahun ni... Tiada podium.. Janji habis... Proton mtb terbaik! Macm dah sedap plak... Nak masuk lg mane eh? 🤣 

Wednesday, July 15, 2026

Cili & Keju

Wife ajak keluar sat. Penat kerja siang.. 
Kite ngeteh tempat yg aku perasan bile ngayuh basikal kt mane port2 yang tak pernah singgah... 


Monday, May 11, 2026

Pekena Sup Hentian Bemban Arah Selatan

Balik dari job wiring, singgah sat dekat Hentian Bemban arah selatan.... Pekena sup. Syahdu betul lepak situ... Dulu2 rase sunyi je... Skarang makan macam2 ada...
Tapi sup ni mmg padu... Lagi2 sambal kicap Pedas dia... Haaa... 
Aku suggest soh letak sup urat plak... Kalau jadik mmg aku singgah je la tiap kali blk keje... 🤣

Sup dia style ala Kampung berempah... Nak mee ada, bihun, nasi, nasi impit pun ada... Kalau ade roti lg power... 
😜 

Kalau ade yang lalu boleh dah singgah... 

Tuesday, November 4, 2025

Teknologi Senjata Api Tanah Melayu


Masyarakat Alam Melayu sejak abad ke-16 telah mahir mengadaptasi teknologi senjata api yang diperkenalkan oleh kuasa asing, terutamanya Portugis, Sepanyol dan Uthmaniyah lalu menghasilkan senjata tempatan seperti istinggar. Istinggar ialah senapang laras panjang menggunakan sumbu api (matchlock) dan banyak digunakan mempertahankan kota atau kapal. 


Kajian oleh sejarawan Portugis seperti Manuel Godinho de Erédia merekodkan penggunaan istinggar secara meluas di Melaka, Johor dan Aceh selepas penaklukan Portugis. Bengkel pembuatan senjata api wujud di sekitar Melaka, terutama di kawasan hulu Sungai Melaka dan Kampung Hulu, di mana tukang besi mahir menghasilkan laras dan kelengkapan kayu senjata.


Selain istinggar, terdapat pemuras, senjata laras pendek atau sederhana dengan muncung melebar yang mampu menembak peluru tabur. Pemuras amat berkesan dalam mempertahankan benteng atau kapal daripada serangan jarak dekat. Terakol pula ialah senjata genggam mirip pistol moden yang mudah disimpan di pinggang. Pengembara Belanda seperti Jan Huyghen van Linschoten mencatat bahawa senjata api genggam Melayu setanding kualitinya dengan senjata buatan Goa dan Gujarat. Banyak pembuatan senjata ini berlaku di pusat peleburan logam tradisional, misalnya di kawasan hulu Sungai Perak dan di hulu Sungai Pahang, yang terkenal dengan perlombongan bijih timah dan peleburan gangsa bagi menghasilkan laras senjata.

Dalam peperangan laut, masyarakat Melayu menggunakan rentaka, sejenis meriam kecil diperbuat daripada gangsa atau besi tuang dan dipasang di perahu atau kapal. Penulis British seperti Sir Thomas Stamford Raffles mendokumentasikan rentaka bukan sahaja sebagai senjata, tetapi juga sebagai barang dagangan yang dieksport ke pelabuhan lain di Asia Tenggara. Lokasi pembuatan rentaka terkenal termasuk Bengkulu di Sumatera, Brunei, dan Pulau Selayar di Sulawesi, di mana terdapat pusat peleburan gangsa dan besi tuang.


Kajian Eropah menunjukkan bahawa kepakaran metalurgi Alam Melayu sangat dihormati, membuktikan pembuatan senjata bukan sekadar adaptasi teknologi, tetapi lambang kemahiran industri tempatan yang berdaya saing dengan bengkel senjata di India dan Timur Tengah.

#JagatIMPAK
#UiTMDiHatiku
#SenjataAlamMelayu
#IlmuBedil
#IMAN25
#InovasiAlamMelayu

Sunday, June 8, 2025

Santai Bersama Dira : Sunset Sawah Padi Sungai Rambai

Bile ade dekat sini, melawat la atok sekali sekala. Balik petang tu nampak suasane langit dan matahari nampak cantek pulak... Mase ni Dira ikot sekali. 
Santai Santai menikmati pemandangan

View nampak nice... Dira pun suke... Tapi ade Agas la skit... 🤣
"nikmat pulang ke Kampung halaman" 
OK jom balik! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...