..::Time Will Never Back::..

Showing posts with label Madinah. Show all posts
Showing posts with label Madinah. Show all posts

Saturday, June 25, 2011

Away to Makkah

Selepas beberapa hari di Madinah... Maka berangkatlah kami ke Tanah Haram Mekah untuk melakukan ibadah Umrah dari Madinah... Perjalanan ambil mase 9 jam jugak lah... besertakan dengan iHram... Huhu.. Jauh tuh... pastuh start la pantang larang dalam iHram.... Antaranya::

1. Menutup kepala atau sebahagian daripadanya bagi lelaki seperti memaikai songkok, serban dan sebagainya tetapi tidak menjadi larangan sekiranya berteduh dibawah naungan pokok atau payung.

2. Memakai pakaian bersarung sama ada berjahit atau sebagainya bagi lelaki, seperti seluar, baju,sarung kaki dan semua jenis pakaian berjahit yang dijadikan sebagai sarung.

3. Menutup muka dan tapak tangan bagi wanita

4. Memakai sarung tangan

5. Memakai bau-bauan sama ada di badan atau pakaian atau pada makanan, minuman atau menghisapnya ke dalam hidung.

6. Memakai minyak rambut di kepala atau janggut.

7. Menanggalkan rambut atau menghilangkan mana-mana bulu di anggota badan,

8. Mengerat atau memotong kuku kaki atau tangan, walaupun sebahagian sahaja daripadanya,

9. Mengerat, memebang atau mencabut segala tumbuh-tumbuhan yang sedang hidup sama ada tumbuhan itu pokok kayu ataupun rumput, milik orang ataupun bukan.

10. Memburu binatang yang halal dimakan atau membinasakannya, sama ada dengan cara membunuh, memukul, menjerat atau menangkap atau dengan apa cara yang menyakiti binatang-binatang itu, malah memeranjatkan atau mengejutkan binatang itu pun haram hukumnya,

11. Bersetubuh atau berjima'

12. Melakukan perkara-perkara pendahuluan untuk bersetubuh seperti bercium-ciuman, kerkucup-kucupan yang menaikkan nafsu syahwat

13. Akad nikah sama ada ijab atau kabul untuk diri sendiri atau mewakili orang lain.


..::tempat bermulanya niat ihram dari Madinah::..


..::Perjalanan yang mengambil masa lama::..




R&R Madinah ke Mekah




p/s: nie naik bas dr Madinah ke Mekah... Zaman Rasulullah
naik unta n jalan kaki je... Thinking....


Friday, June 24, 2011

Jabal Uhud

Bukit Uhud merupakan tempat berlakunya Perang Badar pada zaman Nabi Muhammad s.a.w... Kt sini kelihatan kawasan dikelilingi bukit bukau... Di sini juga terdapat makam para Syuhada di kaki Jabal Uhud.. Termasuk makam Hamzah r.a....


..::keadaan sekitar Jabal Uhud::..

..::makam para syuhada::..



Ladang Kurma

Masjid Quba'
Masjid Pertama Di bina Rasulullah s.a.w




Ladang Kurma di Madinah



..::kiri : ustad yang memimpin group kami.. kanan: Kurma bar peti dan belum masak::..



..::lawaan minum teh kurma... Huhu::..

p/s: dah macam ladang sawit dah tgk... tanam seblah2 kompius..

Thursday, June 23, 2011

Masjid Nabawi

Dalam Masjid Nabawi

..::Tong tersedia air zam zam::..

..::keadaan menziarahi makam Muhammad Rasulullah s.a.w
(kelihatan pintu yg kedua)::..


..::laman solat di dalam masjid Nabawi::..

..::Suasana petang di Madinah::..


Perkuburan Baqi Madinah



Madinah Munawarah

Bandar Madinah merupakan bermulanya ajaran Islam oleh Rasulullah s.a.w ke semua pelusuk dunia... Di sini la juga tempat bersemadinya Rasul kita "Muhammad s.a.w"... Walaupun keadaan sekitarnya gurun, bandar tersebut berkembang pesat dan maju...
Jom kongsi same2 berada di sane....


Bandar Madinah





Masjid Nabawi




Perkarangan Masjid Nabawi



..::Payung di setiap tiang yg akan dibuka pabila siang hari::..


p/s: angin disini bahang macm dlm oven.. tp yg menajubkannya
sikit pun tak melekit... Kering je...
satu hari tuh mandi skali je..


People at Madinah

Bila pi negara org laen terase berbeza amat keadaan kt sane2... Lagi tgk care ngan kehidupan disane... Antaranye tak mengejar kekayaan... Semua hidup same rata... yg kaya berkongsi same dengan yg miskin... Alhamdulillah...
Walaupun kehidupan mereka alakadar dan susah... Senyuma dan syukuran mereka tak pernah suram dan sepi...




..::Peniaga2 di deretan jalan::..


..::"Malaysia Bagusss..." Tu yg diorg ckp slalu kt kitorg.. Hehehe::..



..::Sorong air Zam zam dr Masjid Nabawi::..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...