..::Time Will Never Back::..

Tuesday, November 4, 2025

Teknologi Senjata Api Tanah Melayu


Masyarakat Alam Melayu sejak abad ke-16 telah mahir mengadaptasi teknologi senjata api yang diperkenalkan oleh kuasa asing, terutamanya Portugis, Sepanyol dan Uthmaniyah lalu menghasilkan senjata tempatan seperti istinggar. Istinggar ialah senapang laras panjang menggunakan sumbu api (matchlock) dan banyak digunakan mempertahankan kota atau kapal. 


Kajian oleh sejarawan Portugis seperti Manuel Godinho de Erédia merekodkan penggunaan istinggar secara meluas di Melaka, Johor dan Aceh selepas penaklukan Portugis. Bengkel pembuatan senjata api wujud di sekitar Melaka, terutama di kawasan hulu Sungai Melaka dan Kampung Hulu, di mana tukang besi mahir menghasilkan laras dan kelengkapan kayu senjata.


Selain istinggar, terdapat pemuras, senjata laras pendek atau sederhana dengan muncung melebar yang mampu menembak peluru tabur. Pemuras amat berkesan dalam mempertahankan benteng atau kapal daripada serangan jarak dekat. Terakol pula ialah senjata genggam mirip pistol moden yang mudah disimpan di pinggang. Pengembara Belanda seperti Jan Huyghen van Linschoten mencatat bahawa senjata api genggam Melayu setanding kualitinya dengan senjata buatan Goa dan Gujarat. Banyak pembuatan senjata ini berlaku di pusat peleburan logam tradisional, misalnya di kawasan hulu Sungai Perak dan di hulu Sungai Pahang, yang terkenal dengan perlombongan bijih timah dan peleburan gangsa bagi menghasilkan laras senjata.

Dalam peperangan laut, masyarakat Melayu menggunakan rentaka, sejenis meriam kecil diperbuat daripada gangsa atau besi tuang dan dipasang di perahu atau kapal. Penulis British seperti Sir Thomas Stamford Raffles mendokumentasikan rentaka bukan sahaja sebagai senjata, tetapi juga sebagai barang dagangan yang dieksport ke pelabuhan lain di Asia Tenggara. Lokasi pembuatan rentaka terkenal termasuk Bengkulu di Sumatera, Brunei, dan Pulau Selayar di Sulawesi, di mana terdapat pusat peleburan gangsa dan besi tuang.


Kajian Eropah menunjukkan bahawa kepakaran metalurgi Alam Melayu sangat dihormati, membuktikan pembuatan senjata bukan sekadar adaptasi teknologi, tetapi lambang kemahiran industri tempatan yang berdaya saing dengan bengkel senjata di India dan Timur Tengah.

#JagatIMPAK
#UiTMDiHatiku
#SenjataAlamMelayu
#IlmuBedil
#IMAN25
#InovasiAlamMelayu

Sunday, June 8, 2025

Santai Bersama Dira : Sunset Sawah Padi Sungai Rambai

Bile ade dekat sini, melawat la atok sekali sekala. Balik petang tu nampak suasane langit dan matahari nampak cantek pulak... Mase ni Dira ikot sekali. 
Santai Santai menikmati pemandangan

View nampak nice... Dira pun suke... Tapi ade Agas la skit... 🤣
"nikmat pulang ke Kampung halaman" 
OK jom balik! 

Saturday, June 7, 2025

SEMANIS KELAPA aka. Kampung Agung | Jengka 19

Dekat Felda Jengka 19 ni ada port ala2 Kampung Agung. SEMANIS KELAPA name dia... Tak jauh dari simpang felda 19...

Tempat ni diuruskan oleh kerjasama satu kg felda jengka 19... Asalnya kawasan ni kawasan Kebun pokok kelapa... Dijadikan tempat tarikan orang lalu lalang sini...

Walaupun kecik, tapi sesuai untuk korang OOTD... Balik raye ke cuti2 melesia ke... 🤭

Banyak sangat plak OOTD di Hari Raya Aidiladha nih... Haha 🤣


p/s : felda Jengka 19 ni antara banyak menang anugerah terbaik, lagi2 masjid felda jengka 19 yang menang masjid yang terbaik antara Felda Malaysia 

Dzc Jengka : Dya Zara Cafe

Balik dari Gotong Royong qurban, singgah ngopi dekat Business Park Bandar Tun Razak, Jengka...

Syok Santai Santai disini... Jadik port menyinggah nampaknye nanti... 😬

Sederet dengan Zus Coffee Bandar Pusat Jengka. 

K06, Lorong TARBP 6, Tun Abdul Razak Business Park, 26400 Bandar Tun Razak, Pahang
10am-10pm (Setiap Hari) 
Boleh tengok Instagram Beliau... 

K bye... 



Qurban 2025 : Jengka 19

Kali ke-2 buat di Jengka 19. Sebelum ni buat untuk Dhiya kt sini. Ade rezeki skit tahun ni buat untuk Adira pulak... Tahun lepas Salahuddin buat dekat Bukit Kangkar... 

Cume tahun ni lain skit... Sebab datang menolong melapah di Masjid Jengka 19 ni... Masa Dhiya tak dapat balik, sebab semua bebudak mase tu kena chicken pox... So, hantar wakil je lah mase tu... 

S kecit ni duduk je la dengan mama nye... Kadang2 dia tengok lembu kena sembelih... 😅

Ade tau gambaq tengah merewang... Haaa.. 
😂


Sekian untuk qurban hari ini... 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...