..::Time Will Never Back::..

Sunday, May 9, 2010

Selamat Hari Ibu....



10 Mei merupakan sambutan Hari Ibu sedunia. Bagi ibu-ibu moden, diorg ingat sangat pasal hari tu, tapi bagi ibu-ibu zaman kita yang masih ada sekarang ni, depa tak kisah sangat pun pasal hari ibu. Korg tau kenapa, sebab bagi mereka sambutan tu tak berapa penting bagi diorg semua, yang penting diorg dah tunai tanggungjawab bagi besar, makan pakai dan bagi pendidikan pada kita semua. Ibu-ibu tak pernah dok paksa anak-anak kenang jasa diorg. Tak pernah denga pun ibu yang paksa anak-anak pi bayar balik setiap belanja yang diorg dah bagi pada kita. Itulah agungnya ibu kita.

Kalau kita kenang balik, mak didik kita memang tak boleh lupa. Diorg rotan kita, ikat kita bawah pokok biar kerengga gigit, pi hambat kita lari keliling kampong. Tu semua jangan cerita, memang garang mak kita, tapi tu semua kenangan manis, apa taknya, kita dulu mana selut yang tak masuk, mana paya yang tak pi tangguk, hujan lebat orang dok rumah kita bergebang tengah padang atau sawah. Tu yang buat mak hangin satu badan. Tapi apapun kita kena bersyukur, pasal garangnya maklah, kita hari ni boleh jadi orang.

Hari ni kerap kita baca dan tengok dalam media perangai anak-anak yang tak menghargai mak ayah diorg. Ramai juga kisah anak-anak yang derhaka pada orang tua. Syahdu sangat bila tengok perangai anak-anak yang pi hantar mak ayah ke rumah orang tua-tua. Kadang-kadang tu anak-anak bukan calang-calang, ada rumah, kereta dan bisnes besar. Semua harta dunia tu diorg boleh jaga, tapi dengan emak sorang pun kadang-kadang tak mampu nak jaga. Pekerja beratus-ratus dengan berbagai perangai boleh dok handle, tapi dengan perangai sorang mak dah tak mampu nak urus. Sedih rasanya bila tengok keadaan macam tu.

Saya tulis ni, bukan nak kata semua orang macam tu. Mungkin cuma segelintir yang perangai buruk bersikap sambil lewa dengan mak diorg. Saya suka nak cadang, apalah salahnya kita dok pakat ramai-ramai, terutamanya yang masih ada mak, kita pi balik kampong jengok mak kita sempena hari ibu ni. Kita tau, diorg tak harap sangat pun kita buat macam tu, tapi tak salah pun kalau kita buat sedikit sambutan dan kumpul ramai-ramai adik beradik dengan mak kita. Saya percaya tentu mak kita rasa bahagia.


Hadiah Aku Pada Seorang Ibu....

Huh! Penat main membungkus2 nie... Tp amat berpuas hati la... Thanks kerjasama antare adek aku ngan Pak Cik aku yg bertungkus lumus meraihkn ari tersebut sebab idea2 tersebut dtg dr aku dan mereka... Ni sahajelah yg kami dapat memberi sumbangan pd Ibu yg tercinta walaupun kami tahu sumbangan nie hanya sebesar jarum je... tak dapat tandingi lg pengorbanan yang diberkannya...

Selamat Hari Ibu SEDUNIA...

Sambutan tersebut buat kt restoran biase2 je.. PizzaHut la... Huhu.. Hotel2 tak mampu.. Kami bukn org kaye... Ala sekadar je.. hehe... Majlis persendirian berjalan lancar hingga la habisnya makanan2 tersebut... Thanks all...

Pagi ini aku tepekur
Menepikan segumpal asa yang kian merajaiku
Sebuah nama mengisi sudut jiwaku
Bunda…
Kucoba tuk merangkai kata demi kata
Bait demi bait
Namun tak kutemui apa yang kucari
Karena tak ada yang melebihimu
Kelembutan pun keperkasaanmu
Bunda…
Tuhan menjadikanmu sebagai mediatorku
Mengajariku akan makna hidup
Memapahku saat kuterapuh
Menjadi perisai dalam jeratan tirani dunia
Yang menggerogoti kepolosanku
Bunda…
Jubah kasihmu yang telah kau sulam ini
Biarlah terus menghangatkanku
Dalam pekatnya jiwaku
Bunda…
Tak ada kata yang bisa mengungkapkan
Kesempurnaan dalam ketidaksempurnaanmu
Pun perjuangan dan pengorbananmu
Dalam melahirkanku dan membesarkanku
Dalam diamku aku berteriak
Terima kasih, Bunda…


..::Nie yg den makan je... Huhu::..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...