Pepsi bercampur darah HIV?
..::Jadik bangkai la jwbnyer.. Koorkhh!!::..
Pagi tadi aku dapat satu SMS dari member aku mengatakan air Pepsi, Coca Cola, Tropicana Twister dan sebagainya sekarang ni tercemar dengan darah pekerjanya yang mengandungi virus HIV. SMSnya berbunyi lebih kurang begini
4 the next few days, do not drink any prdct frm pepsi compny like Pepsi,Tropicana Juice,Slice,7up, Coca Cola,etc,as a worker frm the cmpny added his bloog cntaminatd wit HIV.watch NTV7.plz 4ward this 2 every1 u care abt.
Aku rasa ini lagi satu mesej berantai yang akan menyesakkan lagi storage inbox korang dan menyebabkan kredit rakyat Malaysia ditolak dua posen sebab panjang sms tu lebih dari 140 characters. Dan for sure syarikat air minuman yang tersenarai tu akan terjejas. Padahal kita pun tak tahu hujung pangkalnya.
Benda camni sama macam kes penyebaran email tentang kicap yang mengandungi virus HIV pada tahun 2004 dan juga kes sos tomato yang mengandungi virus HIV pada tahun 2010.Tak juga kilang biskut Munchis yg dikatakan ada bahan lemak babi. Actually ini semua propaganda je. Dan kalau korang terjah dan explore website CDC ni, korang akan jumpa ayat bawah ni;
HIV does not live long outside the body. Even if small amounts of HIV-infected blood or semen was consumed, exposure to the air, heat from cooking, and stomach acid would destroy the virus. Therefore, there is no risk of contracting HIV from eating food
Jadi disini boleh aku katakan yang penyebaran sms tu adalah dusta belaka. Mungkin ada agenda yang ingin menjatuhkan keuntungan syarikat tersebut. So lepas ni harap hati-hatilah dengan sebarang penyebaran SMS. Jangan mudah percaya ye :)
p/s:Pale hotak dia ah!!!
No comments:
Post a Comment