Fuh! Giler ah... Nie Diet bermati-matian nie..
haha... Ape2 pun nnti bile jumpe dia aku nk
interview canner leh dia jadik cam nie...?
Adakah...
London Slim, Slimmer Body..? or Dr. Romzie..
khakhakha!!!
See Ya!!!
"Menurut sejarah, Kampung Morten seluas 5.02 hektar itu dibuka pada tahun 1922. Ia menempatkan 100 buah rumah dengan anggaran 600 orang penduduk.
Mengikut cerita, kampung unik itu mendapat nama Kampung Morten selepas salah seorang penduduk ketika itu berjumpa dengan seorang pegawai daerah bernama J.F Morten untuk meminjam wang.
Ketika itu kampung tersebut dimiliki oleh dua orang lelaki iaitu Abdullah Maarof dan Pak Khalil. Sementara pengasasnya ialah Datuk Othman Md. Nor.
Disebabkan terlalu kepinginkan kampung tersebut, salah seorang penduduk kemudian bertindak berani dengan meminjam wang sebanyak RM10,000 daripada pegawai Inggeris itu.
Hasrat penduduk kampung itu tertunai apabila pegawai daerah terbabit menghulurkan wang yang diminta untuk membeli kampung itu. Dua orang lelaki yang merupakan tuan tanah itu bersetuju untuk menjualkan tanahnya kepada penduduk kampung.
Terharu dengan pinjaman tersebut selain gembira kerana berjaya memiliki kampung itu, sebagai mengenang jasa JF Morten penduduk kampung sepakat menamakan kampung itu sebagai Kampung Morten sehingga hari ini."-Sumber dari KOSMO