..::Time Will Never Back::..

Saturday, September 2, 2017

Pantai Temalah

2 September 2017, Sabtu

Pantai Temalah atau Temala dikenali sebagai 'Temanlah'. Lokasi di pinggiran perkampungan pantai mengala ke Kuala Sedili Besar. Kalau jalan nak ke Sedili Besar je baru boleh jumpe papan tanda 'kampung temalah' ni.
Chalet dan rumah penginapan takde la semewah di Desaru, tapi tempat ini agak macam rahsia sikit dan jarang orang tau untuk kunjungnya.

Yang bestnya, air dekat sini jernih tak seperti pantai-pantai lain. Masin dia peh!! Memang tepu garam dia... Tempat penginapan yang mudah Alliana Chalet Pantai Temalah. Boleh cari di Facebook.
Rugi jugak la tak dapat menginap sini.. Ramai sahaje orang booking...


 Sekali mandi tak ingat nak balik dah... Termasuk si kecik tu...
Masa ni angin kuat... Orang kampung situ cakap kalau nak air lagi cantik masa cuaca panas dan angin tak kuat....














Menanam Dhiya terapi Pasir


..::Pantai Temalah::..
Lepas mandi, nak bilas ade dekat rumah makcik tuh... sekali masuk seringgit...
Oh ya! Parking kereta parking dekat rumah makcik tu jugak... 2 ringgit sekali parking depan rumah dia yang memang tersedia untuk lot parking kereta.
 Nak ikot ade jalan lain tu menempah sesak jugak... boleh bergesel dengan kereta lain..
Jangan carik pasal.. Haha~

Selepas beredar dari Pantai Temalah, pergi singgah Kuala Sedili Besar carik makan-makanan ringan di sana... Ada Goreng pisang, keropok lekor, ketam celup tepung goreng... macam-macam jugak la..

Sambil-sambil tu tengok pemandangan dari jeti Kuala Sedili Besar, Masjid Sedili Besar, Bot-bot nelayan...
 
..:: Masjid Al-Muttaqin Kuala Sedili Besar::..
..::jeti nelayan sedili besar::..







Dah... Balik ke rumah semula..


p/s : jangan keliru sedili kecil dengan sedili besar. tak sama!

Sunday, August 13, 2017

APRC / MRC 2017 (Mawai)

13 August 2017, Ahad

Game Rally tak sempat ke Tai Tak sebab lambat sikit datang... Nak pujuk si Dhiya bangun bukan main lame lagi...
Maka Lalu je la dekat Tai Tak.... Tapi port shooting dulu dah tak brape baik sebab pokok sawit makin tinggi, menghalang penglihatan untuk rakaman gambar konering kereta Rally tersebut...
So...
Gerak ke Mawai pulak..

Dapat la rakam sikit gambar-gambar aksi Rally yang ada... Cuma tahun ini wakil Asia Pasific tak ramai serta... Dengar khabarnya track area Johor ini amat bahaya... Mudah kemalangan dan hentam tebing...
Ok... Tengok gambar-gambar dulu..






























Lepas tu balik rumah... Nak pergi pit jauh la pulak...
Angsana takpe...
Hahah~


Friday, August 11, 2017

Asian Pacific Rally Championship / Malaysia Rally Campionship 2017

11 August 2017, Jumaat

Dah beberapa tahun tak pergi sejak 2014 game Rally ni... Iddin dah beso sikit boleh la bawak sekali sefamily tengok First Stage ni... Tapi tahun ni agak berbeza, coz dah berubah tempat Pits nya dari tapak parking Plaza Angsana ke Litar Lumba Pasir Gudang..

Fuh..

Agak Jauh sikit la... dengan sistem trafik dan kawalan straight dan parking kereta yang boleh tahan jauh jugak... 
Nextime kena improve lebih sebab sambutan di area Litar Pasir Gudang ni agak suram...
Kesian diorang..
Berikut gambar-gambar yang sempat diambik dengan Primelens D50..
Golap tuh...:
  



..::Karamjit Singh menggunakan jentera Gen2::..








..::Gina Finanza dengan jentera Saga Knight::..


Okeh.... Itu sahaja...
And then... Tempat jualan makan-makan pun macam ade takde je...
Plz tahun depan improve balik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...