


Time And Date : 13 July 2009 , 12:30pm
Abdul Latip bin Talib,
PTS Fortuna
Harga: RM 32.00 / RM 35.00 (Sabah & Sarawak)
ISBN: ISBN 983-192-188-7
Barcode: 978-983-192-188-3
Jumlah Halaman: 576 halaman
Tarikh Terbit: 10 August 2007
Skor : [ dari 5 ]
Singapura merupakan pintu masuk barangan bagi seluruh Malaya. Ini termasuk Negeri-Negeri Bersekutu , Negeri-Negeri Selat, dan Negeri-Negeri Tidak Bersekutu iaitu Johor, Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Perjalanan feri merentasi Selat Johor ke Woodlands merupakan proses yang rumit. Satu feri hanya boleh memuatkan enam lori. Pada tahun 1911, jumlah lori yang menggunakan perkhidmatan feri ini adalah sebanyak 11,500. Apabila barangan berasaskan pertanian semakin maju, jumlah ini meningkat sehingga 54,000 pada tahun 1917. Perkhidmatan feri kini terpaksa berjalan 24 jam.
Keputusan akhirnya dibuat untuk membina tambak bagi menghubungkan Singapura dengan Johor dimana jalanraya dan landasan keretapi boleh dibina.
Tambak tersebut direka oleh Messrs Coode, Fizmaurice, Wilson and Mitchell of Westminster dan pembinaannya dilaksanakan Topham, Jones & Railton Ltd of London. Pada Disember 1919, ketua jurutera Herbert Fancott membawa sekumpulan pekerja tentera laut dan menubuhkan kem pekerja di Woodlands. Pada masa itu, ia merupakan kawasan yang agak bahaya dengan ‘penghuni’ seperti ular, kala kengking dan lipan.
Beliau bersara pada tahun 1952 tetapi menetap di Malaysia sehingga akhir hayatnya, dan beliau sentiasa mengingati zaman gemilang pembinaan Tambak Johor.
Tambak Johor merupakan projek paling besar pada masa itu. Keseluruhan struktur itu berukuran 60 kaki lebar dan menampung dua landasan keretapi serta jalanraya selebar 26 kaki. Panjangnya adalah 3465 kaki dari Johor Bahru ke Singapura.
Kedalaman laut ketika itu adalah 46 kaki dan 10 pembentung bergarispusat 5 kaki dibina agar sampah sarap tidak akan berkumpul di kunci air.
Pembinaan sistem jambatan dan kunci air elektrik merupakan satu titik tolak yang penting bagi kemajuan teknologi ketika itu. Satu jambatan bergerak yang mengangkat landasan dan jalanraya dibina agar kapal kecil dapat melalui Selat Johor. Jambatan ini seberat 570 tan. Kemudahan ini dirobohkan apabila ia didapati mengganggu lalulintas yang semakin sibuk.
Tambahan pula, Tambak Johor juga membawa paip air dari Johor ke Singapura dan sebaliknya, dan juga kabel komunikasi.
Tambak Johor dibina dengan kos sebanyak 17 juta ‘Straits Dollars’. Ini merupakan jumlah yang tinggi jika dibandingkan dengan belanjawan tahunan tanah jajahan sebanyak 28.3 juta dollar pada tahun 1924. Projek ini diuruskan sebagai Projek FMS Railway dan diletak bawah kuasa Pengurus Besar Mr. P.A. Anthony. Kos pembinaan dilaporkan dikongsi antara Negeri-Negeri Perseketuan Melayu, Johor dan Negeri-Negeri Selat.
Batu ini diambil dari Pulau Ubin (Pulau Batu Granit) dan Bukit Timah pada September 1920 dan November 1921 bagi tujuan membina Tambak Johor antara tahun 1919 dan 1923. Batu bundar dan granit ini merupakan batu yang berasal dari bendalir dibawah bumi. Apabila membeku ia berbentuk kristal dan saiznya bergantung pada suhu persekitaran. Berat batu ini diantara 10cwt dan 5 tan. Granit merupakan batu yang keras dan tahan lasak. Oleh kerana itu, granit sering digunakan sebagai alat memotong dan ia dilihat sebagai bahan yang paling sesuai bagi pembinaan tambak. Sebagai tanda simbolik, sebuah Muzium Tambak Johor akan dibina menggunakan batu dari tambak asal.
Bangunan Sultan Ibrahim merupakan Bangunan Pusat Pentadbiran Kerajaan Negeri Johor di mana menempatkan Jabatan-jabatan Kerajaan Negeri Johor. Pembinaannya dicetuskan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim bagi melambangkan keagungan Kerajaan Negeri Johor yang sedang berkembang dan makmur.
Pada tahun 1937, Kerajaan Johor telah mempersetujui agar pembinaan bangunan Sultan Ibrahim adalah berdasarkan pelan dan rekabentuk yang dihasilkan oleh Syarikat Palmer dan Turner. Senibina yang dihasilkan itu adalah gabungan senibina Melayu Johor, Islam dan Kolonial. Sekali gus, upacara pecah tanah telah dilakukan oleh Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota pada 7hb November 1938.
Bangunan yang telah menelan belanja RM2,000,000.00 ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1942. Luas kawasan adalah 68,000 meter². Satu Majlis Jamuan Makan Malam di Istana Besar telah diadakan pada 3hb November 1942 bagi meraikan pembukaan pejabat di Bukit Timbalan.
Sehingga kini, bangunan ini masih lagi tersegam indah dan dikagumi.