Haa.. Awal2 je iklan nie keluar dah kena hentam dengan semua masyarakat terutama org Islam... Mau tak nyer... Unsur2 bercampur gaul... Macm rojak.. nak2 Naik Beca terbang macm Santa Haus... Jadah! Naseb baek tak kluar lg... Lau tak kena bako gaknyer stesen Tv3 trsebut.. Huhu... Saksikan...
Apa? Korang pun tak nampak makna tersiratnya? Korang ni rabun kah? Bulan puasa tak cukup nutrien sampai rabun malam? Disini akan aku terangkan mengapa iklan Raya TV3 ini sebenarnya cukup dalam mesej Islamiknya dan tidak dibuat untuk menghina orang Melayu Islam Malaysia. Tak percaya? Sila baca interpetasi aku dibawah ini.
BABAK 1
Kelihatan seorang budak Melayu cuba membaca buku walaupun hanya diterangi sebiji mentol. Rumahnya pula kelihatan seperti sebuah pondok beratap rumbia. Aku tanya korang direct lah. Bila last time korang nampak budak kecil baca buku waktu malam? Anak sedara aku semua waktu malam layan ASTRO RIA takpun main internet. Yang tua sikit main Playstation Portable. Buku tak pernah aku nampak melekat pada tangan diorang. Sungguh jelas iklan ni cuba menggalakkan budaya membaca buku dikalangan kanak-kanak. Adakah apa yang dipaparkan ini KURANG HAJAR dan MENGHINA MELAYU ISLAM? Bagi aku mesej yang ingin disampaikan disini cukup murni.
Rumah beratap rumbia pula melambangkan institusi sekolah pondok. Walaupun agak dhaif tapi masih dapat melahirkan ilmuan Islam yang cukup berkaliber. Bila dhaif tiada gangguan dari Astro Ria , komputer dan PSP untuk menggangu konsentrasi belajar. Ini makna sebenar pondok beratap rumbia iklan ini ,bukannya melambangkan kemiskinan dan kemunduran Melayu. Ini interpetasi seorang kapitalis yang hanya pentingkan kemewahan!
BABAK 2
Ketika khusyuk membaca, gambar beca dihalaman buku tiba-tiba berubah menjadi kenyataan. Becanya dipandu pakcik tua yang mukanya bersih dan tidak paedophile seperti sesetengah paderi Gareja Katolik. Ada orang kata ini melambangkan Santa Claus. Korang semua silap besar. Santa Claus obese dan kereta sorongnya ditarik oleh rusa (pasal tu dia gemuk – dia pemalas). Dalam iklan TV3 ,beca saiber tidak ditarik rusa malahan Pakcik Jamal (aku panggil dia Jamal pasal muka dia macam Pak Jamal driver kawan aku) langusng tidak obese. Malahan Pakcik Jamal nampak gagah PERKASA macam Ibrahim Ali.
Apakah mesej yang cuba disampaikan didalam babak ini? Budak lelaki melambangkan anak Melayu yang terpelajar. Setelah habis membaca buku, ilmu yang dikumpul didada dimanifestasikan menjadi realiti. Secara tak langsung babak ini menggalakkan pengaplikasian teori yang dipelajari dari buku ke dunia sebenar. Aku pernah terbaca kuotasi bahasa inggeris dibawah tentang idea dan manusia;
“A great and revolutionary idea can be used as a VEHICLE to bring change to a society. A great idea when realised must then be shared with others who might benefit from it”
Aku lupa siapa yang mengucapkan kuotasi diatas. Ini tidak penting. Yang penting disini ialah idea golongan terpelajar harus dikongsi dengan masyarakat. Ilmu yang dipelajari boleh dijadikan platform yang menjurus kepada anjakan paradigma bangsa Melayu. Sekali lagi diingatkan beca disini bukan melambangkan Santa Claus sebaliknya melambangkan MANIFSTED IDEA AS A VEHICLE to change society.
“Abis tu kenapa beca? Tak ada kenderaan lain ke obe?”
Ayat pertama Al Quran ialah Iqra’ yang bermaksud bacalah. Baca bunyinya hampir sama dengan beca. Makna tersiratnya ialah idea yang dimenifestasikan golongan terpelajar haruslah DIBACA dan disebarkan.
Sekali lagi tiada unsur anti Islam atau Illuminati disini.
BABAK 3
Beca saiber Pakcik Jamal terbang melintasi Jambatan Pulau Pinang . Jambatan yang tadinya gelap mula bercahaya setelah dilalui beca tersebut. Jika diperhatikan betul-betul beca bergerak dari kiri ke kanan. Didalam setiap babak seterusnya, beca ini akan bergerak dengan arah yang sama. Sekali pandang seperti tiada signifikannya arah pergerakan beca ini. Dalam bidang perfileman, arah pergerakan kiri ke kanan sering dikaitkan dengan perubahan positif (buruk ke baik, sukar ke senang). Kalau korang perasan dalam filem horror, bila heroine larikan diri dari hantu dia akan lari dari arah kiri ke kanan. Pergerakan ke kanan dikaitkan dengan arah selamat. Pergerakan kekiri pula dikaitkan dengan running towards danger.
Beca Pakcik Jamal bergerak dari kiri ke kanan dikeseluruhan iklan ini. Adakah ini kebetulan? Sudah tentunya tidak? Seperti aku katakan sebelum ini, beca Pakcik Jamal melambangkan idea positif ilmuan Melayu Islam dari sekolah pondok. Ilmu ini kemudian menyebarkan cahaya “enlightenment” kemana sahaja dia pergi. Pakcik Jamal bergerak dari kiri kekanan untuk reinforce the idea that he is the good guy. Tempah yang dilawati kemudian bercahaya kerana mendapat hidayah Allah SWT
BABAK 4 & 5
Beca terus bergerak dan menyebarkan ajaran Islam ke semua tempat yang dilawatinya. Dalam BABAK 4 ,menara condong Teluk Intan dan Bandaraya Kuala Lumpur pula menerima cahaya Islam. Ini satu lagi babaj yang maknanya cukup sinis. Dari Pulau Pinang beca turun ke Perak sebelum ke Kuala Lumpur. Perak dan Kuala Lumpur kedua-duanya kini dikuasai Barisan Nasional yang bathil dan kufur. Hanya dengan idea Ilmuan sekolah pondok Islam sahajalah kekufuran di dua kota ini dapat ditentang. “Islam is the light” ialah mesej pendek yang cuba disampaikan disini.
BABAK 6
Kelihatan Pakcik Jamal dan anak-anak kecil tadi singgah kerumah batu moden di tengah-tengah kota Kuala Lumpur. Dua orang anak kecil lagi naik keatas beca saiber sebelum meneruskan perjalanan mereka. Apa pula mesej yang cuba disampaikan disini? Mesejnya cukup mudah. Bila Melayu URBAN menerima semula Islam (symbolised by the light) yang dibawa oleh ilmuan sekolah pondok, mereka akan bergabung untuk menyebarkan kebenaran Islam ke seluruh Malaysia. This is reflective of the real world. PAS yang dulunya dianggap parti kampung kini sudah menjadi parti pilihan golongan Islam profesional. Melayu bandar/urban yang dulu cukup alergik pada Islam kini bergabung dengan “rakan kampung” seperjuangan bagi menumbangkan kebatilan Barisan Nasional.
BABAK 7
Cuba korang lihat masjid di atas bukit didalam gambar diatas. Sekali tengok korang nampak macam apa? Aku duduk di Kepong dan diwaktu malam aku boleh nampak Genting Highlands bercahaya sebijik macam masjid diatas. Makna tersirat disini sebenarnya cukup jelas. Jika kerajaan pusat yang terletak di Kuala Lumpur menerima hukum Islam, pusat judi nombor satu negara boleh berubah fungsinya dari pengkalan dosa ke pusat Islam yang cukup gah. Ntah kenapa mesej cukup ringkas inipun ada yang salah anggap sebagai mesej Kritianisasi!
BABAK 8 & 9
Beca Pakcik Jamal sampai ke destinasi akhir. Ianya sebuah perkampungan yang kelihatan aman damai, serba serderhana dan tiada bangunan mewah yang berlebih-lebihan. Anak-anak kecil tadi berjalan didalam kegelapan sebelum mereka terjumpa pelita yang ditengah-tengah kelopak bunga lotus. Mereka terpegun dengan keajaiban yang dilihat didepan mata mereka. Sungguhpun begitu mereka meneruskan perjalanan hingga disambut mesra oleh dua orang dewasa dari kampung tadi.
Makna tersirat disini ialah Islam itu cukup sederhana. Bila semua orang Islam Malaysia bersatu, hidup kita akan tenang seperti gambaran kampung iklan ini. Bunga Lotus dan pelita melambangkan agama Buddha dan Hindu. Ia mengingatkan kita tentang pengaruh dua agama ini terhadap adat resam amalan orang Melayu. Walaupun pengaruh mereka masih jelas kelihatan, ianya langsung tidak akan menggugat keimanan kita jika iman kita teguh.
The Malay culture is heavily influenced by other cultures. We have been adapting customs from other religion and races and make it our own for generations provided that it does not interfere with our Muslim faith. The flying lotuses and oil lamps in acknowledging this fact. Are we going to deny this historical just because it reminded us of our non Muslim past? That would be hypocritical. If this is the issue then maybe we should start outlawing a lot of Malay custom because they are not in line with pure Islam. We should start with the basics. Please outlaw main bunga apa, bagi duit raya, salam antara laki dan wanita dan melawat kubur di pagi raya. Ini semua tidak islamik dan dipinjam dari budaya KAPIR.