..::Time Will Never Back::..

Sunday, March 29, 2009

Earth Hour in Batu Pahat

Batu Pahat Johor

28 Mac 2009, jam 8.00 malam bermulaLah detik-detik kegelapan pada seluruh Bumi ini selama satu Jam daripada cahaya yang terang di malam hari kepada kegelapan untuk prihatin kepada Bumi ini just selama sejam iaitu Earth Hour ... Semua keadaan menjadi malap malahan ada segelintir yang tak peduli tentang Program 60 Earth Hour nie.... Yang respek all roomate umah aku menjayekan program nie... Teros off dari suis utama rumah lagi..! hehe... Tabik ur All Geng!!!

..::suasana kegelapan Earth Hour::..



Lame juga la satu jam tu.... Alang-alang pasang la lilin... Dalam program nie just padam lampu elektrik je... bukan api-api... Hehe.. Dalam gelap-gelap macam2 aktiviti budak-budak kami progresskn... Nyanyi la, main gitar la,.. tak pun pasang lilin banyak-banyak... Abis sekotak lilin beli siang tadi... heee..
..::Aktiviti malam Earth Hour::..



Bumi yang tiada rimba, Seumpama hamba, Dia dicemar manusia, Yang jahil ketawa, Bumi yang tiada udara, Bagai tiada nyawa, Pasti hilang suatu hari, Tanpa disedari, Bumi tanpa lautan, Akan kehausan, Pasti lambat laun hilang, Duniaku yang malang, Dewasa ini kita saling merayakan, Kejayaan yang akhirnya membinasakan, Apalah gunanya kematangan fikiran, Bila dijiwa kita masih lagi muda dan mentah, Ku lihat hijau... Bumiku yang kian pudar, Siapa yang melihat, Di kala kita tersedar, Mungkinkah terlewat

Dalam rumah makin lame makin meriah pulak... macam-macam gaye budak-budak nie buat... Kalau boleh lame sikit pasal lama-lama satu jam tu macam terlalu cepat sangat.. Buat la 24 jam ke... tapi kepanasan la pulak semue.. Huhu... Macam-macam boleh terjadik gelap-gelap nie... Just be careful yea...



..::nie sahaje yang boleh buat::..





Plentong Johor

Gambar nie diambil daripada member aku, Mie semasa berada di Dorsett Hotel, Plentong Johor bersame-same rakan setugasnya... Dikatakan seluruh Johor melalui program Earth Hour yang dilancarkan 28hb Mac 2009 nie... Tidak terkecuali staff-staff juga menghadiri program yang dilangsungkan...


..::gelap gulita...::..

..::Bumiku Yang Hijau::..

p/s: Cintailah bumi kite... Tah sampai bile Bumi nie bertahan... Lame-lame runtuh gak Bumi nie.. Sebab tak dijage... Abis je Time Hour keluar pi makan... Ade la gak Umah-umah yang still gelap lagi... agaknyer terus tido kut... hehehe....



Sunday, March 22, 2009

Dinner Selit Selit

Nak pi ke tak..... Itulah yang berguling dalam fikiran masing-masing dalam Malam Anugerah Kolej Kediaman Melewar pada 20 March 2009 hari Jumaat... Jemputan Khas dari staff UTHM bagi memeriahkan majlis.... Dak2 class semue pening nak pi ke tak... Kalau tak pi melepas ler makan FREE... Bile lagi nak merase... Hehehe! Oleh dari dorongan kawan-kawan dan rakan-rakan sekalian, kami pun berangkat la ke majlis tersebut dengan kad jemputan yang diberi... Kena pakai Smart-smart.. Pergh! Kalau dilihat sekali pandang memang smart ler masing-masing... Dah macam nak pi Office pun ade... Ngee... Pi class pun tak de la macam tuh... Pakai simple je pi class. Macam orang susah.. Hehe... Sekali sekala... Pesalahnye...


Kami-Zaidi, Sopi, Aku dan Epul: duduk semeja yang telah disediakan lauk-lauk dan pencuci mulut yang tidak sepatutnya ditayangkan semasa taklimat dan ucapan diberi..... Dengan khusyuk mendengar setiap ucapan Yb tersebut... Haha.. Ye la sangat dengo.. Dah lapau sangat member sebelah dengan serta merta mencapai sebijik kueh yang dipaparkan didalam pinggan berbujur dan berseliputi plastik perlindung... Hahaha... Satu meja duduk 10 orang.. Sepatutnya la... Tapi yang duduk 4 orang je... Pe lagi.... Jalankan la kerja mengalas perut... Pergh! Nampak sangat Lapau bebeno...
Lalalala......

Makan makan!!!!
Dah habis berucap seorang demi seorang.. maka dapatlah kami menjamah makanan yang disediakan dengan perlahan-lahan.. satu demi satu lauk dicapai. Nasi belum mencecah dipinggan lauk pula yang sampai dulu...

Hehe.. Tapi... yang best nyer style macam Hotel la pulak... hehe.. Diberi layanan istimewa dengan nasik je la.. Beriyani.... Pergh! Tak rugi datang peh! Ade cabutan nombor bertuah... nombor pade setiap kad jemputan.... Aku miss tak kena langsung... Sopi lak kene.... Chit! Rezeki beliau... Balik makan same-same gak.. Hehe....


..::kemenangan konon::..

p/s: Kad jemputan tu name orang lain... member aku jugak! oleh kerana beliau tak dapat datang dalam majlis tersebut, aku jadik wakli baginyer.. hehehe....

Sunday, March 15, 2009

Lawatan Ke German

13 March 2009, Jumaat. Lawatan ke German menaiki Flight Boeing 707 dengan beberape student lain di KLIA. Oelh kerana ketinggalan jadual Flight, maka terpaksalah meronda-ronda di Kuala Lumpur sahaja... Hehe... Saje je.. Sebenarnyer Lawatan di Institute German di Kuala Lumpur.. Uik! Lame tuh tak pi KL.. Bertahun jugak ler.. huhu.. Bergerak dari Batu Pahat jam 8 pagi.. Naik bas secara beramai-ramai,.. pulak tu pagi datang terlewat.. pasal dalam kepale ingat nak pi class.. Dah tak ingat nak pi Lawatan dah.. Nasib baik member ade call.. kalau tak,.. alamat tertinggal le jawabnye... hihik!


p/s: Enjin bas dah macam naik JCB... Tak leh tido... Pergh!!! Azab naik bas dari Batu Pahat ke KL.. Sekse oo.. Huhu.. Tapi nasib baik sampai gak saner..


GOETHE INSTITUT Malaysia


Destinasi pertama, tibe di Menara See Hoy Chan di 324, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.. Tempat lokasi bagi lawatan ke GOETHE INSTITUT Malaysia. Tingkat ke-3. Bangunan still masih baru lagi... Firstly bile masuk je ade la penyambut tetamu dekat pintu depan.... Dedar gak jantung bile nak masuk, maner le tau tibe-tibe semue staff situ cakap German kat kitorang... huhu... tapi nasib baik la Pn. Zakriah cover... Kalau tak, tak tau le nak cakap pe kat diorang... Dalam program nie just dok dengar taklimat je la.. Pasal pengajian di German, kalau kalau nak blaja kat sane nanti. Taklimat pula dari German... Hehe.. First time tengok orang German depan depan mate..






Lepas taklimat je merayau-rayau kat dalam institute tuh.. bukan besar sangat pun.. kecit je.. Just satu cawangan.. tapi okeh la... cantik and smart la gak.. tapi Duit nak masuk situ pun cantik gak.. Heee... walau apa pun saper-saper dapat masuk sini memang best la dok kat German je...



German Malaysia Institute ( GMi )
Sesi petang pergi ke destinasi ke-2... Kat Bangi, Kuala Lumpur... Dekat-dekat dengan UKM dengan KTM Bangi jugak la.. Kawasan pendalaman jauh dari luar bandar.. Institute nie macam sebuah bandar kecil yang diduduki staff and student GMi sahaje. Rekabentuk bangunan style gak.. Masih baru jugak dan dalam proses memajukan kawasan kat sini.. Datang-datang dengar taklimat, lepas tu pi jalan-jalan melawat tempat-tempat class GMi nie.. Jadik jakon sikit la....
Al maklum la, ziarah tempat orang...

..::struktur bangunan yang strategik::..



Institut nie tajaan besar dari MARA... Banyak lebih pada skill dan teknik dalam kerja-kerja kejuruteraan, macam dulu-dulu la... Layanan dari staff GMi pade group UTHM memuaskan la... Pasal nie first-time UTHM buat lawatan kat situ... Juadah makanan pun best sampai nak termuntah nak makan pasal banyak sangat... Huhu.. To all student and Staff GMi.... Thanks to all everything... kaLau de mase... Mai ler UTHM pulak Yer....!!..



..::mai posing::..

p/s: Balik dalam jam 6.00pm. Tibe di Batu Pahat jam 10.45 pm.. sampai je kemas-kemas dan terus balik JB... Haha...

Sunday, March 8, 2009

Budak Budak Sekolah Sekarang...

Post Nie daripade seseorang yang bakal jadik guru sekolah yang rase beliau tak puas ati dengan kerenah zaman budak2 sekarang... Ikuti kisah selanjutnye...

Gara-gara membawa telefon bimbit ke dalam bilik darjah, dua pelajar wanita sekolah menengah di Manir dekat sini terpaksa menerima padah dilempang guru disiplin. Menurut mereka “Bukan kami sahaja yang membawa telefon ke sekolah kerana ramai pelajar lain turut melakukan perkara yang sama tetapi mereka tidak dikenakan tindakan. Nak bagi tau... Kalau ko mancing ikan kat laut, ko dapat semue ikan..? Akibatnya, seorang daripada mereka mengalami kecederaan di telinga selepas dilempang sebanyak empat kali oleh guru terbabit. So diorang wat laporan polis di balai polis kuala terengganu. ( main pondok2 la ko!!!)


Ni aku nak cakap sikit kat pelajar-pelajar sekolah di luar sana:

1) Tolong jangan letakkan kesalahan di bahu orang kalau anda sendiri yang melakukannya sendiri. Kalau dah kantoi tu, kantoi la. Orang lain tak kantoi sebab mungkin diorang licik. Kalau guru tu tahu diorang pun ada wat kesalahan sama, mesti diorang akan kena gak.

2) Guru tak akan mendenda pelajar kalau pelajar tu tak ada wat kesalahan. Guru pun ada banyak benda lagi la nak wat. Takde keje nak suke2 tibai korang.

3) Aku pernah dirotan pakai PVC kabel cassing dan dihayun dengan bukuk report setebalnye kat kepale aku sampai tercampak spek aku. Tapi tak ada pun duk report2 kat polis. Dah kita wat salah, terima je la.

4) Yang ni aku paling menyampah. Pasal parents yang duk bela anak kesayangan mereka tu bila wat salah. Hei!! parents, kat sekolah sapa yang wat kerja? Anda ke guru? Kalau tak nak guru amik tindakan kalau anak anda wat salah, anda berhenti kerja engineer ke, doktor ke, VIP ke, menteri besar ke, pastu jadi guru then wat sekolah sendiri la. Boleh la jaga anak anda yang cam ntah pe2 tu.

5) Aku rasa, bila ada pelajar yang datang wat repot kat balai polis, mesti polis dalam hatinya akan cakap 'padan muka!'. Tapi yela, bila ada orang wat repot, diorang kenalah wat tugasnya kan.

6) Aku tak cakap aku ni baik masa sekolah dulu. Aku pun ada terejal, pijak budak, fly, tapi yela, pandai2 la tanggung sendiri kalau kena tindakan.

7) So sekarang apa sudah jadi? Guru sekarang pula yang jadi takut untuk amik tindakan, takut2 kena saman oleh parents. Tujuan guru adalah murni, bertujuan untuk mendidik pelajar tu. Maybe kat rumah, pelajar tu tak dididik elok oleh parents.

So kesimpulannya di sini, JANGAN WAT SALAH. Nak wat gak, pandai2 la cover.

p/s: Harap ada parents yang baca post member aku nie. Memang geram kalau ada parents yang macam aku cakapkan kat atas.

Ayah aku guru Besar dah 5 tahun.. skarang kat skolah dak loaded... tapi beliau tak gentar dengan mak bapak macam diatas nak main saman2...

Petikan asal telah diubahsuai dari :

ADMIN X-PO ORG™


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...